Kampus UiTM Segamat
Kampus UiTM Segamat

Kampus UiTM Segamat

Institut Teknologi MARA Cawangan Johor telah memulakan operasinya pada 15 Disember 1983 di bangunan sementara di Taman Indah, Bukit Siput, Segamat. Kampus sementara di Bukit Siput ini terletak di KM 5, Jalan Genuang, Segamat dan telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Johor pada ketika itu, Dato' Abd. Ajib bin Ahmad pada 1 Januari 1984.Di kampus sementara ini cuma dapat menempatkan seramai 440 orang pelajar sahaja pada satu-satu masa. Memandangkan pengambilan pelajar yang semakin meningkat mengikut Rancangan Malaysia Kelima (RMK - 5), maka pihak ITM telah meminjam Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman untuk dijadikan kolej kediaman dan dikenali sebagai Kolej Temenggong Abdul Rahman.Mulai bulan Ogos 1986, Kampus ITM Cawangan Johor berpindah secara berperingkat ke kampus sementara di Segamat Baru yang bertentangan dengan Taman Indah, Bukit Siput. Disebabkan kepesatan pembangunan pelajar, Kerajaan Negeri Jjohor berbesar hati menyumbang sebuah kampus tetap ITM Segamat di Batu 8, Jalan Muar-Segamat di atas tanah seluas 200 hektar. Kampus yang siap dibine sepenuhnya pada bulan Januari 1990 ini mampu menampung kapisiti pelajar sehingga 2,500 orang.ITM Cawangan Johor juga membuka kampus keduanya di Johor Bahru pada tahun 1990 di Menara Landmark sehinggalah berpindah ke Larkin pada 2 Julai 2007 dan dikenali sebagai UiTM Johor Kampus Bandaraya Johor Bahru. Pada 17 Julai 2010, satu upacara pecah tanah telah dilaksanakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika itu, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di atas tanah seluas 200 ekar di Pasir Gudang, Johor yang siap sepenuhnya pada 1 Mei 2014. Kampus Bandaraya Johor Bahru sekali lagi telah berpindah ke Bandar Seri Alam Masai, Pasir Gudang di bawah perancangan Kampus PFI (Private Funding Initiative) dan dikenali sebagai UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.sumberĀ : Jabatan Arkib Universiti, UiTM